Umrah Musim Sejuk 2017
Umrah Winter Dec 2017( hari pertama)
Alhamdulillah Mrs A sekeluarga selamat pergi dan kembali menunaikan Umrah kali pertama pada 26hb November 2017 hingga 11Dec 2017. Alhamdulillah Allah jemput kami sekeluarga ke rumahnya. Terasa rindu walaupun baru saja kembali ke tanah air. Rindu nak solat di masjidil haram, menatap kaabah depan mata. Rindu suasana di sana.
Hari pertama kami sampai. Masa ni dalam pukul 10.30
Kami bergilir nak selesaikan umrah pertama. Di sebabkan anak Mrs A dan anak adik Mrs A masih kecil dan pakai pampers, Mrs A bercadang ganti dengan suami untuk tawaf umrah. Tapi perancangan Allah lain lagi. Kami tertunggu-tunggu mak Mrs A habis tawaf untuk berganti, tapi beliau tak sampai-sampai. kami terpisah dari selepas zohor hingga selepas Isya. Risau tak tahu nak cerita sebab terlalu banyak cerita dengar tentang orang hilang di Mekah. Kami siapkan juga umrah pertama kami walaupun dalam keadaan bimbang. Ayah Mrs A orang paling risau. kami dah siap survey tempat nak buat laporan orang hilang. Sebab janji tempat lain. Rupanya mak Mrs A tunggu kami di kawasan Saei. Pada perancangan awal kami nak lakukan sai bersama-sama, tapi bila mak tak sampai-sampai. Kami tukar plan, pecah pada dua kumpulan sebab risau mak kembali dekat tempat janji nak jumpa. Ayah dengan adik-adik pergi dulu, selepas isya baru Mrs A, suami dan anak pertama Mrs A pergi. Dalam pukul 11pm baru kami dipertemukan kembali dengan ibu tercinta. Alhamdulillah syukur. Pengalaman Allah bagi rasa risau kehilangan ibu.
selepas tawaf umrah
Mrs A bawa bersama anak kedua. Alhamdulillah, kami dapat tawaf dekat dengan kaabah. Ada hikmahnya kami datang masa renovation telaga zamzam. kami dapat tawaf dan solat di dataran, dekat sangat dengan kaabah. Perasaan pertama kali terpandang kaabah, rasa diri kita ni kerdil sangat. Rasa syukur teramat, kita yang hina ni Allah S.W.T jemput juga ke rumahNYA. Ayah Mrs A yang guide baca doa masuk masjidil haram, doa pertama kali nampak kaabah. Masa tawaf, suami Mrs A yg guide sepanjang tawaf. Sepanjang melaksanakan tawaf, ada sekumpulan jemaah dari Indonesia, mereka dibimbing mutawwif mereka berdoa dengan suara yang kuat. Doanya sama seperti dalam buku panduan umrah dan haji. Jadi kalau kita ikut sama pon boleh. Mengikut mutawwif Mrs A, yang lebih afdal dan lebih berat timbangan ialah kalimah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Tak ada spesifik doa semasa tawaf, kita boleh doa apa sahaja.
Di bukit Marwa
Semasa melakukan saei, kami bawa anak bongsu bersama, kami biar dia jalan secara santai. Masa melakukan sai ni teringat cerita Nabi Ismail a.s dan Siti Hajar ditinggalkan Nabi Ibrahim a.s atas perintah Allah. Allah mengangkat darjat wanita dimana seluruh umat Islam sekarang melakukan apa yang Siti Hajar buat semasa mencari air untuk anaknya Nabi Ismail a.s. Lebih kurang jarak 2.8 km dengan mengambil masa dalam 2 jam untuk melakukan saie mengikut kelajuan kami yang santai.
Selesai saie, kami bertahalul dan berdoa di bukit Marwa.
Selesai umrah pertama kami, kami pulang berehat di hotel setelah kepenatan hampir 24jam perjalanan dari Kuala Lumpur, transit di Sri Lanka dan kemudian transit lagi di Abu Dhabi sebelum tiba di Jeddah.
Comments
Post a Comment