Perjalanan Umrah kami

Permulaan cerita

Perjalanan Umrah kami bermula dengan pembelian tiket. Pada awalnya Mrs A dah berputus asa nak pergi umrah tahun 2017 dan bercita-cita nak pergi tahun 2018. Tapi Allah gerak kan hati dan jemput tahun ni juga. Alhamdulillah.

Mrs A beli tiket hanya 3 bulan sebelum berangkat. Masa ni ada promo tiket etihad airways dengan route CMB-JED, MED-KUL berharga RM1614. Jadi kami hanya perlu tambah tiket ke colombo dari kl dengan RM365 termasuk luggage 25kg. Harga tiket bawah RM2000 ke Jeddah boleh dikategorikan sebagai murah. Direct flight selalunya boleh mencecah sehingga RM3000++
Disebabkan Mrs A memang bercadang bawa anak-anak, Mrs A cari alternatif yang boleh cut cost sehabis baik.

Selesai pembelian tiket, kami cari hotel dan seterusnya kami uruskan VISA umrah dengan agent dan ambil transport terus bersama agent.

check in barang dari kuala Lumpur ke colombo

Perjalanan Mrs A bermula dari Kota kinabalu 2 hari lebih awal. Kami berehat di rumah adik di Kuala Lumpur dan seterusnya menaiki airasia ke Colombo. Untuk penjimatan, semasa book tiket berkumpulan tak perlu beli seats. Tapi anda perlu check in 14 hari sebelum perjalanan. InsyaAllah anda akan dapat tempat bersebelahan dengan group anda.

Flight kami berlepas pukul 8.30am waktu Malaysia dan tiba pada pukul 9.30am waktu Sri Lanka. Perjalanan mengambil masa 3 jam. Rakyat Malaysia perlu memohon Visa untuk masuk Sri Lanka. kami hanya apply visa transit kerana penerbangan kami ke Jeddah adalah pada pukul 9.00 malam. Visa transit adalah percuma dan valid untuk 2 hari manakala visa visit ada charge tapi Mrs A tak ingat berapa. Boleh semak di laman web Immigration Sri Lanka.

Tempoh transit kami selama hampir 12 jam. Jadi kami dah plan siap-siap ambil tour colombo city. Kami ambil 1 coster yang boleh memuatkan 30 org walaupun kami sebenarnya hanya 15 orang sebab kami terpaksa bawa beg kami yang banyak-banyak tu bersama.



  coaster sangat selesa dengan bayaran 109usd

Disebabkan kami tak ambil hotel berlaku sedikit miss comunication dgn pegawai imigresen colombo. Tapi alhamdulillah berjaya juga masuk tanpa perlu bayar visa visit. Kami ambil tour city colombo 1 coaster bas bermula 9.30am hingga 5.30pm.


Antara tempat-tempat menarik di colombo city yg kami sempat lawat
Galle face green
Red mosque
Colombo Light house
Independence memorial hall
Colombo municipal building
Pettah shopping street

colombo municipal building


Independence memorial hall

 Galle face green

 Red mosque


Makanan halal senang nak cari sini. Kami cuba makan briyani ayam di Star hotel&bakery berdekatan red mosque. Rasa briyani disini lebih berempah dan pedas dr di malaysia. Ada sedikit kelainan. Manakala ayam tandoori pula sangat sedap. Makanan di sini sekitar 250 hingga 500 rupee. 






 airport colombo

Semasa menunggu check in di airport sri lanka untuk ke Jeddah saya perhatikan, mereka tidak suka pada lantai toilet yg basah. Tabiat orang melayu rasanya suka basahkan tandas ni ðŸ˜…
Ujian pertama kami untuk menunaikan umrah apabila kami tak dibenarkan check in kerana visa umrah kami menggunakan sistem mm/dd/yy. Dimana pihak pegawai di colombo belum pernah jumpa visa seperti ini. Kami tidak dibenarkan check in sehingga mereka dapat pengesahan dari kerajaan Arab Saudi. Alhamdulillah, sehingga saat-saat akhir baru kami dibenarkan untuk check in. Tak sampai 1/2 jam kami perlu masuk ke balai berlepas. Dari pintu balai berlepas, kami diminta naik bas mengikut zon tempat duduk untuk ke kapal terbang.
Perjalanan kami 3 jam dari colombo ke Abu Dhabi. Kami transit 2 jam di sana. Di Abu Dhabi flight penuh dengan jemaah Malaysia dan Indonesia. Sempat lagi bertemu dengan senior di Kustem. En. Tarmizi. 90% jemaah dr nusantara. Baki 10% penumpang arab dan warga colombo sendiri.

Boleh gunakan wang SAR untuk pembelian di duty free shop di sini

Perjalanan Abu Dhabi ke Jeddah mengambil masa selama 5 jam. Dimana nak niat umrah? Jangan risau, insyaAllah apabila tiba di miqat, pilot akan umumkan. Selepas berniat maka dalam ihram lah kami semua. Kami tiba di Jeddah pada pukul 4 pagi. Urusan Imigresen sangat mudah, seperti kita mengunjungi negara-negara lain juga. Selesai urusan Imigresen, kami perlu lapor diri pada muasasah, Lapor diri ni sangat penting, supaya pihak muassasah tahu kita dah sampai di sini. Kami solat subuh di airport dan seterusnya kami minta pertolongan muassasah untuk call driver coaster.

kami tiba di north airport Jeddah

Perjalanan airport Jeddah ke bandar Mekkah mengambil masa 1 jam 30 minit. Apabila tiba di hotel, walaupun dalam booking ditulis check in pkl 3ptg. Alhamdulillah kami diberi untuk check in awal hari tersebut. Pukul 8.30 pagi kami dah check in. Ternampak pula di tv, kurang jemaah tengah tawaf. Hati membuak-buak nak pergi ke masjidil haram secepat mungkin. Selesai kami membersihkan diri dan rehat sebentar, pukul 10.30am kami turun dan terus ke masjidil haram untuk menunaikan umrah pertama kami. 

hotel penginapan kami selama 9 malam

Walaupun agak jauh dalam 1.3km dari masidil haram. Tapi hotel ni harganya sangat berpatutan, selesa dan yang paling penting ada shuttle bas ke masjid. Setiap 10 minit ada bas dan bas terakhir 15 minit sebelum masuk waktu solat. Shuttle bas hotel ni beroperasi selama 24jam sehari. Ada restoran di hadapan hotel ni. Makanannya sedap dan murah berbanding sekitar masjidil Haram. 1 portion nasi kami boleh makan untuk satu keluarga 2 dewasa 3 kanak-kanak. 1 nasi bersama 1/2 ayam panggang berharga sar13. kalau nak tambah salad 5sar dan gulai kambing 20sar.

kami sekeluarga sangat berpuas hati dengan layanan, servis, lokasi dan perkhidmatan hotel ini. Sebab baca review di agoda dan booking.com, mereka dapat ulasan yang sangat teruk. 

Next time pergi, insyaAllah akan consider nak duduk hotel ni lagi. InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas Part 2

Pengalaman Bersalin di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas Part 1

Rutin di mekah Part 1 (Day 1 to Day 4)