Budget Umrah secara sendiri
Assalamualaikum.
Umrah DIY adalah berlainan dari umrah backpackers. Sejak balik dari umrah DIY ni ramai yang tanya ok ke umrah backpackers ni? Tambah-tambah Mrs A bawa anak-anak yang tengah lasak ni sekali. Sebenarnya kalau secara backpackers...Mrs A pon angkat tangan menyerah tak jadi bawa anak-anak.
Umrah DIY ni bermaksud umrah urus sendiri. D.I.Y ..do it yourself. Kita urus dari pemilihan tarikh, pembelian tiket, urus penginapan, makan minum kita dan pengangkutan kita sendiri. Umrah DIY ni ikut keselesaan kita. kita nak hotel dekat dengan masjidil haram. kita nak save budget atau kita nak elakkan dari ditipu ejen syarikat pelancongan. Individu tersebut sendiri tentukan kenapa dia memilih Umrah DIY.
Sebab utama Mrs A memilih cara Umrah DIY kerana nak kurangkan bajet sebab memang berhajat sangat nak bawa seisi keluarga sama-sama sampai ke rumah Allah. Merasai keseronokkan beribadah bersama-sama menjadi tetamu Allah. Kita nak masuk syurga bukan sendiri-sendiri. Kita nak pimpin keluarga kita bersama kan. Biarlah apa pandangan orang anak-anak belum faham, renyah dan susah bawa anak-anak. Memang Mrs A tak nafikan banyak cabaran bawa anak-anak kecil. Tetapi kita akan rasa nikmat sangat dapat bawa anak-anak bersama belajar menjadi hamba Allah yang lebih baik.
Jika Mrs A memilih untuk menunaikan umrah bersama ejen syarikat umrah, kosnya sehingga RM30 000 untuk kami sekeluarga. Tetapi dengan melakukan secara DIY kami dapat kurangkan kos sehingga RM10 000. Sangat jimat :)
Di bawah Mrs A senaraikan kos kami sekeluarga menunaikan umrah pada December 2017.
BUDGET KANAK-KANAK
Budget kami ni tak termasuk duit shopping. Termasuk shopping kami habiskan dalam +-RM20 000.
Kami berada di Mekah 9 malam dan di Madinah pula 3 malam.
Tips untuk umrah DIY ni adalah anda kena sentiasa bersangka baik dan doa banyak-banyak dengan Allah semoga perjalanan umrah anda dipermudahkan. InsyaAllah segalanya akan berjalan dengan lancar. Cabaran itu ada, kita perlu bersedia fizikal dan mental.
Hotel di Mekah, Mrs A pilih hotel Al Mona Ajyad. kedudukan hotel ini adalah 1.3km dari masjidil haram. Harga hotel ini adalah antara yang termurah dan servisnya berpatutan. Jika anda baca review di agoda dan booking.com hotel ini mendapat review yang sangat teruk. Mrs A tawakal saja sebab mengikut pengalaman dari penginapan di hotel-hotel di tempat lain selalunya memang orang suka bagi review teruk walaupun sebenarnya hotel tersebut elok saja. Mungkin family Mrs A bukan jenis cerewet, jadi kami tak kisah dan sangat berpuas hati. Ada servis shuttle bas dari hotel untuk ke masjidil haram setiap 10 minit selama 24jam sehari. ada restaurant di hadapan hotel yang menjual nasi arab yang murah, sedap dan banyak. beli 1 cukup untuk kami berlima.
Manakala di madinah, hotel kami pilih berdekatan dengan pintu 25 iaitu pintu masuk wanita. Ini untuk memudahkan Mrs A, adik dan mak untuk pergi solat. Maklumlah kami bawa anak-anak kecil bersama. Beri suami dan ayah peluang pahala lebih berjalan jauh sedikit.
Hotel di Madinah kami pilih Zowar International.Harga hotel di Madinah sedikit mahal kerana dekat dengan Masjidil Nabawi. Apa pun, kami juga berpuas hati dengan servis hotel ini.
Umrah DIY, pemberat utama untuk kos ialah tiket kapal terbang dan hotel.
Mrs A beli hanya 3 bulan sebelum berlepas. Itu pun kerana ada insan yang baik hati share harga tiket kapal terbang murah route dari colombo ke mekah dan pulang dari madinah ke KL.
Tiket KL colombo agak mahal. RM365 seorang termasuk bagasi 55kg untuk kami sekeluarga. Paling murah route KL ke Colombo anda boleh dapat serendah RM209.
Mrs A dapat tips dari group umrah DIY
Panduan kemunasabahan harga tiket kapal terbang
KL- Jeddah/Madinah - KL :-
1. Bawah RM2,500 - OK
2. Bawah RM2,000 - Murah
3. Bawah RM1,500 - Super Murah
4. Bawah RM1,000 - Jangan pikir byk, terus book. Janji bukan time visa Umrah belum dikeluarkan (ini sangat penting)
Mrs A dari Kota Kinabalu, jadi untuk kos dari KK flight +- RM1500 untuk kami sekeluarga. Kos di atas hanya dari KL.
Masih JIMAT banyak bukan?
Jika anda pertama kali buat umrah, ambil lah khidmat mutawwif. Kami ambil khidmat mutawwif dari FB: Sahabat Haramain. Sangat bagus. Kami sekeluarga sangat rekomen perkhidmatan mereka. Anda boleh belajar sejarah dan ambil ibrah dari perjalanan ziarah dan umrah anda dengan mereka. Mereka ni pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Madinah dan Universiti Um Al Qura Mekah. 5 bintang family kami beri dengan khidmat mereka.
Sekian dari Mrs A. Dari bulan Januari nak post kos umrah DIY ni tapi asyik tertangguh. Hari ni Mrs A share. semoga dapat beri manfaat pada pembaca di luar sana.

Dewasa | ||||
PERKARA |
NILAI | JUMLAH | LAIN-LAIN | |
KUL-CMB | RM365 | |||
CMB-JED-MED-KUL | 1,614.00 | RM1,979 | ||
HOTEL MEKAH | 280sar/rm316.45 | ( 9 malam) | 2520sar/9 | |
HOTEL MADINAH | 226.905sar/rm256.40 3 malam) | 2042sar/9 | ||
JUMLAH PENGINAPAN | RM573 | |||
PENGANGKUTAN | 179sar/RM202 | |||
VISA | RM330 | |||
MUTAWWIF |
|
|||
VAKSIN | RM120 | |||
TAIF | 130SAR/RM147 | RM147 | ||
MAKAN20 x14 | 280 | RM280 | ||
TOUR CMB | USD9/RM38 | RM38 | ||
TAKAFUL | RM262 | RM52.40 | ||
TOTAL DEWASA | RM3776X2 | RM7,552.00 |
BUDGET KANAK-KANAK
PERKARA | NILAI | JUMLAH |
KUL-CMB | RM365 | |
CMB-JED-MED-KUL | RM1,420 | |
RM1,785 | ||
HOTEL MEKAH | 280sar/rm316.45 | |
HOTEL MADINAH | 226.905sar/rm256.40 | RM573 |
PENGANGKUTAN | 179sar/rm202 | |
VISA | RM330 | |
MUTAWWIF | SHEET 3 | |
VAKSIN | 120 | RM120 |
TAIF | 65SAR/RM74 | RM74 |
MAKAN 15x14 | 210 | 210 |
TAKAFUL | RM52.40 | RM52.40 |
tour cmb | usd9/rm38 | RM38 |
TOTAL 3 KANAK-KANAK | RM3438.40X3 | RM10,315 |
TOTAL WHOLE FAMILY | RM17,867 |
Budget kami ni tak termasuk duit shopping. Termasuk shopping kami habiskan dalam +-RM20 000.
Kami berada di Mekah 9 malam dan di Madinah pula 3 malam.
Tips untuk umrah DIY ni adalah anda kena sentiasa bersangka baik dan doa banyak-banyak dengan Allah semoga perjalanan umrah anda dipermudahkan. InsyaAllah segalanya akan berjalan dengan lancar. Cabaran itu ada, kita perlu bersedia fizikal dan mental.
Hotel di Mekah, Mrs A pilih hotel Al Mona Ajyad. kedudukan hotel ini adalah 1.3km dari masjidil haram. Harga hotel ini adalah antara yang termurah dan servisnya berpatutan. Jika anda baca review di agoda dan booking.com hotel ini mendapat review yang sangat teruk. Mrs A tawakal saja sebab mengikut pengalaman dari penginapan di hotel-hotel di tempat lain selalunya memang orang suka bagi review teruk walaupun sebenarnya hotel tersebut elok saja. Mungkin family Mrs A bukan jenis cerewet, jadi kami tak kisah dan sangat berpuas hati. Ada servis shuttle bas dari hotel untuk ke masjidil haram setiap 10 minit selama 24jam sehari. ada restaurant di hadapan hotel yang menjual nasi arab yang murah, sedap dan banyak. beli 1 cukup untuk kami berlima.
Manakala di madinah, hotel kami pilih berdekatan dengan pintu 25 iaitu pintu masuk wanita. Ini untuk memudahkan Mrs A, adik dan mak untuk pergi solat. Maklumlah kami bawa anak-anak kecil bersama. Beri suami dan ayah peluang pahala lebih berjalan jauh sedikit.
Hotel di Madinah kami pilih Zowar International.Harga hotel di Madinah sedikit mahal kerana dekat dengan Masjidil Nabawi. Apa pun, kami juga berpuas hati dengan servis hotel ini.
Umrah DIY, pemberat utama untuk kos ialah tiket kapal terbang dan hotel.
Mrs A beli hanya 3 bulan sebelum berlepas. Itu pun kerana ada insan yang baik hati share harga tiket kapal terbang murah route dari colombo ke mekah dan pulang dari madinah ke KL.
Tiket KL colombo agak mahal. RM365 seorang termasuk bagasi 55kg untuk kami sekeluarga. Paling murah route KL ke Colombo anda boleh dapat serendah RM209.
Mrs A dapat tips dari group umrah DIY
Panduan kemunasabahan harga tiket kapal terbang
KL- Jeddah/Madinah - KL :-
1. Bawah RM2,500 - OK
2. Bawah RM2,000 - Murah
3. Bawah RM1,500 - Super Murah
4. Bawah RM1,000 - Jangan pikir byk, terus book. Janji bukan time visa Umrah belum dikeluarkan (ini sangat penting)
Mrs A dari Kota Kinabalu, jadi untuk kos dari KK flight +- RM1500 untuk kami sekeluarga. Kos di atas hanya dari KL.
Masih JIMAT banyak bukan?
Jika anda pertama kali buat umrah, ambil lah khidmat mutawwif. Kami ambil khidmat mutawwif dari FB: Sahabat Haramain. Sangat bagus. Kami sekeluarga sangat rekomen perkhidmatan mereka. Anda boleh belajar sejarah dan ambil ibrah dari perjalanan ziarah dan umrah anda dengan mereka. Mereka ni pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Madinah dan Universiti Um Al Qura Mekah. 5 bintang family kami beri dengan khidmat mereka.
Sekian dari Mrs A. Dari bulan Januari nak post kos umrah DIY ni tapi asyik tertangguh. Hari ni Mrs A share. semoga dapat beri manfaat pada pembaca di luar sana.
Mrs A belanja 1 gambar di Madinah ketika payung telah dibuka.
Comments
Post a Comment