Pengalaman Bersalin di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas Part 1

Assalamualaikum.

Untuk entry pertama ni nak cerita tentang pengalaman bersalin kali ke 3. Anak pertama dan kedua dulu bersalin di Perak. Untuk yang ketiga ni dah janji dengan Mr Abg Syg nak bagi geng dia lahir di Sabah.
Lebih istimewa anak ke 3 ni lahir sama tarikh dengan birthday husband. 4th July..tarikh kemerdekaan negara uncle Sam. 😅

Sebenarnya tarikh jangka bersalin 3hb Julai. Ingatkn sama la dengan kakak dia bersalin 2 minggu awal. Dari 38 weeks duk tertunggu2 bila baby nak keluar. Sampai resah gelisah hati mummy ni. 

Parent Mrs Adrewina sanggup tau datang dari perak semata-mata nak tengok cucu ke 5 diorg ni..huhu..terharu. Jadi dipendekkan cerita masa mula sakit tu..Mrs adrewina dalam kereta dlm perjalanan balik dr bazar ramadhan dkt UA..tetiba je rs sakit contraction. Tp br nak mula jd Mrs Adrewina diam je la dulu. 

Sampai je rumah trs masuk toilet..air ketuban dan keluar skit2 ms contraction dtg. Well, i pon announce la dkt family yg insyaAllah malam ni baby nak keluar. Semua pon happy sebab klo baby x kluar lg.. 4 bulan lagi br parents mrs adrewina dpt tgk baby. Rezeki diorg dtg jauh2 dapat jg tgk baby.

Jam 6.00 pm 1st contraction. Mrs Adrewina sempat la berbuka puasa dulu..solat magrib.isya n terawikh. Duk merekod jgk contraction setiap bp minit. Dalam pkl 10 mrs adrewina ingat nak tido dulu..tapi dpt baring2 je sebab kejap2 sakit tu datang.

Sampaila pkl 12 contraction dah setiap 5 min. Mrs Adrewina pon ajak la Mr abg syg p hospital wanita n kanak-kanak likas.  Anak-anak kami yg berdua tu dah tido jd tinÄŸgal lah dengan opah n aki kat rumah.


Beg baby n mummy yg dah siap dr 36weeks pon dibawa lah bersama. Perjalanan dari Menggatal ke Likas mcm x sampai 20 minit pon. Selalu klo hari kerja memang jammed teruk jalan menghala ke KK ni. Ops..ni KK bukan KL..tengah malam mana ada jammed..hehe.

Apa jadi dekat hospital? Kita sambung dalam entry seterusnya. 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas Part 2

Rutin di mekah Part 1 (Day 1 to Day 4)