Budget Umrah secara sendiri

Assalamualaikum. Umrah DIY adalah berlainan dari umrah backpackers. Sejak balik dari umrah DIY ni ramai yang tanya ok ke umrah backpackers ni? Tambah-tambah Mrs A bawa anak-anak yang tengah lasak ni sekali. Sebenarnya kalau secara backpackers...Mrs A pon angkat tangan menyerah tak jadi bawa anak-anak. Umrah DIY ni bermaksud umrah urus sendiri. D.I.Y ..do it yourself. Kita urus dari pemilihan tarikh, pembelian tiket, urus penginapan, makan minum kita dan pengangkutan kita sendiri. Umrah DIY ni ikut keselesaan kita. kita nak hotel dekat dengan masjidil haram. kita nak save budget atau kita nak elakkan dari ditipu ejen syarikat pelancongan. Individu tersebut sendiri tentukan kenapa dia memilih Umrah DIY. Sebab utama Mrs A memilih cara Umrah DIY kerana nak kurangkan bajet sebab memang berhajat sangat nak bawa seisi keluarga sama-sama sampai ke rumah Allah. Merasai keseronokkan beribadah bersama-sama menjadi tetamu Allah. Kita nak masuk syurga bukan sendiri-sendiri. Kita nak pimpin ke...