Posts

Showing posts from 2018

Budget Umrah secara sendiri

Image
Assalamualaikum. Umrah DIY adalah berlainan dari umrah backpackers. Sejak balik dari umrah DIY ni ramai yang tanya ok ke umrah backpackers ni? Tambah-tambah Mrs A bawa anak-anak yang tengah lasak ni sekali. Sebenarnya kalau secara backpackers...Mrs A pon angkat tangan menyerah tak jadi bawa anak-anak. Umrah DIY ni bermaksud umrah urus sendiri. D.I.Y ..do it yourself. Kita urus dari pemilihan tarikh, pembelian tiket, urus penginapan, makan minum kita dan pengangkutan kita sendiri. Umrah DIY ni ikut keselesaan kita. kita nak hotel dekat dengan masjidil haram. kita nak save budget atau kita nak elakkan dari ditipu ejen syarikat pelancongan. Individu tersebut sendiri tentukan kenapa dia memilih Umrah DIY. Sebab utama Mrs A memilih cara Umrah DIY kerana nak kurangkan bajet sebab memang berhajat sangat nak bawa seisi keluarga sama-sama sampai ke rumah Allah. Merasai keseronokkan beribadah bersama-sama menjadi tetamu Allah. Kita nak masuk syurga bukan sendiri-sendiri. Kita nak pimpin ke...

Rutin di mekah Part 1 (Day 1 to Day 4)

Image
Sepanjang di Mekah kami sedaya upaya nak solat berjemaah di dalam Masjidil Haram. Tetapi apakan daya, Mrs A kalah juga dengan rasa penat dan perlu rehatkan juga anak Mrs A yang kecil. Sebab bila dia moody, menangis tak nak duduk di bawah. Risau solat tak khusyuk dan mengganggu orang lain. Mrs A seboleh-bolehnya tidak mahu dia menangis semasa semua umat Islam dari seluruh dunia mencari khusyuk dalam solat mereka di rumah Allah ini. Hari kedua di Mekah kami bawa anak-anak bersama solat subuh. Kami bangunkan mereka seawal 4 pagi. Masuk waktu subuh dalam pukul 5.30am. Kami rancang tiba selewat-lewatnya 30 minit sebelum masuk waktu subuh. Ini kerana kadang-kadang jika kita tiba terlalu hampir masuk waktu solat, petugas yang menjaga pintu masjid tidak membenarkan lagi kita masuk ke dalam masjid. Jika kita nak solat di tingkat yang sama dengan dataran kaabah. kita mesti datang sekurang-kurangnya 1 jam lebih awal.  Pernah sekali selepas waktu solat asar menunggu solat Maghrib, Mr...