Posts

Showing posts from December, 2017

Perjalanan Umrah kami

Image
Permulaan cerita Perjalanan Umrah kami bermula dengan pembelian tiket. Pada awalnya Mrs A dah berputus asa nak pergi umrah tahun 2017 dan bercita-cita nak pergi tahun 2018. Tapi Allah gerak kan hati dan jemput tahun ni juga. Alhamdulillah. Mrs A beli tiket hanya 3 bulan sebelum berangkat. Masa ni ada promo tiket etihad airways dengan route CMB-JED, MED-KUL berharga RM1614. Jadi kami hanya perlu tambah tiket ke colombo dari kl dengan RM365 termasuk luggage 25kg. Harga tiket bawah RM2000 ke Jeddah boleh dikategorikan sebagai murah. Direct flight selalunya boleh mencecah sehingga RM3000++ Disebabkan Mrs A memang bercadang bawa anak-anak, Mrs A cari alternatif yang boleh cut cost sehabis baik. Selesai pembelian tiket, kami cari hotel dan seterusnya kami uruskan VISA umrah dengan agent dan ambil transport terus bersama agent. check in barang dari kuala Lumpur ke colombo Perjalanan Mrs A bermula dari Kota kinabalu 2 hari lebih awal. Kami berehat di rumah adik di Kuala...

Umrah Musim Sejuk 2017

Image
Umrah Winter Dec 2017( hari pertama) Alhamdulillah Mrs A sekeluarga selamat pergi dan kembali menunaikan Umrah kali pertama pada 26hb November 2017 hingga 11Dec 2017. Alhamdulillah Allah jemput kami sekeluarga ke rumahnya. Terasa rindu walaupun baru saja kembali ke tanah air. Rindu nak solat di masjidil haram, menatap kaabah depan mata. Rindu suasana di sana. Hari pertama kami sampai. Masa ni dalam pukul 10.30  Kami bergilir nak selesaikan umrah pertama. Di sebabkan anak Mrs A dan anak adik Mrs A masih kecil dan pakai pampers, Mrs A bercadang ganti dengan suami untuk tawaf umrah. Tapi perancangan Allah lain lagi. Kami tertunggu-tunggu mak Mrs A habis tawaf untuk berganti, tapi beliau tak sampai-sampai. kami terpisah dari selepas zohor hingga selepas Isya. Risau tak tahu nak cerita sebab terlalu banyak cerita dengar tentang orang hilang di Mekah. Kami siapkan juga umrah pertama kami walaupun dalam keadaan bimbang. Ayah Mrs A orang paling risau. kami dah siap survey tem...