Rutin di mekah Part 1 (Day 1 to Day 4)

Sepanjang di Mekah kami sedaya upaya nak solat berjemaah di dalam Masjidil Haram. Tetapi apakan daya, Mrs A kalah juga dengan rasa penat dan perlu rehatkan juga anak Mrs A yang kecil. Sebab bila dia moody, menangis tak nak duduk di bawah. Risau solat tak khusyuk dan mengganggu orang lain. Mrs A seboleh-bolehnya tidak mahu dia menangis semasa semua umat Islam dari seluruh dunia mencari khusyuk dalam solat mereka di rumah Allah ini. Hari kedua di Mekah kami bawa anak-anak bersama solat subuh. Kami bangunkan mereka seawal 4 pagi. Masuk waktu subuh dalam pukul 5.30am. Kami rancang tiba selewat-lewatnya 30 minit sebelum masuk waktu subuh. Ini kerana kadang-kadang jika kita tiba terlalu hampir masuk waktu solat, petugas yang menjaga pintu masjid tidak membenarkan lagi kita masuk ke dalam masjid. Jika kita nak solat di tingkat yang sama dengan dataran kaabah. kita mesti datang sekurang-kurangnya 1 jam lebih awal. Pernah sekali selepas waktu solat asar menunggu solat Maghrib, Mr...