Budget ke Seoul Korea selama 8 hari 7 malam ( Seoul, Mount sorak, Nami, Vivaldi Ski Resort, Everland)
Assalamualaikum. Buat kawan-kawan yang nak buat panduan. Ni budget dan itinerary kami sekeluarga ke korea pada 30 November 2016 hingga 7 Dec 2016 Budget Percutian ke Korea 1. Tiket Flight seorang : RM622.08 (beli time promo) setahun awal Bayi: RM250 Luggage: rm258 (satu family 40kg pergi, 45kg balik) Makan dlm flight : rm30 seorg Sebenarnya boleh dpt murah lagi. Ada yang pernah dapat rm299 sehala. return dlm rm598. tp depends juga. Time cuti sekolah susah juga nak dapat murah. 2. Penginapan 8 hari 7 malam Dewasa : RM485 x 2 Kanak-kanak: RM243 x 2 Bayi: free Rm970+RM486= RM1456 Kami tinggal di apartment di kawasan Nokbeon. Jika anda nak merasai pengalaman seperti orang tempatan boleh cuba duduk jauh sedikit dari kawasan pelancong. Sepanjang 8 hari kami tinggal di sana, hanya 1 hari kami bertembung dengan orang malaysia di kawasan ni. Itu pon kerana mereka tinggal di apartment bawah rumah kami menginap. Tips: Jika nak senang cari makanan halal, pilih la hotel/hoste...